Monday, July 14, 2008

LIWAT

semalam ada hamba allah tanya pada saya macam mane nak detect yg org itu sudah di liwat. saya cakap saya bukan doktor (pegawai perubatan) yg tau prosedur atau manifestasi klinikal seseorang yang telah di liwat.

namun, mengikut kata seorg senior m.o (pegawai perubatan U41), beliau menyatakan seseorang individu yang pernah di liwat akan mengalami pendarahan di bahagian anus rektum (lubang dubur) dan ini mengakibatkan perubahan warna pada anus dan permukaan rektum tersebut. ianya akan kelihatan sedikit gelap lantaran kesan pendarahan yg telah berlaku dibibir anus tadi. wallahua'alam.

saya tak banyak tanya mase sesi per rectum yang dijalankan oleh senior m.o tersebut. namun saya terfikir jika seseorang individu mengaku di liwat, camne penyiasatan yg akan dijalankan oleh pihak yg pakar dalam mengesan kebenaran keliwatan yang berlaku, apakah yang telah merodok rektum mangsa liwat tersebut, atau berapa lama plak spesimen peliwat akan berada dalam lubang najis tersebut yang masih boleh digunapakai dalam mensabitkan peliwat.

jelas secara lojiknya, bila dah lama di liwat, spesimen dah takde dalam lubang najis, bibir rektum pula dah bertukar warna, mungkin saiz bukaan lubang najis pon dah dimodified berbanding keadaan asal, ini membuatkan penyiasatan akan lebih mencabar dan ini menyukarkan peliwat untuk membela diri andai rektum mangsa liwat memang sudah bertukar warna (bertukar warna sbb diliwat oleh peliwat ataupun mmg mangsa mengamalkan gaya hidup sebegitu dengan menggunakan rodokan sextoy, tusukan penis teman-teman sealiran, tusukan penyapu jiran tetangga, dsb).

apa-apa pun, semoga hamba allah tersebut faham yang saya memang takde jawapan untuk pertanyaan beliau. hanya pihak berwajib dan pihak yg pakar sahaja yg tahu prosedur yang akan dijalankan dalam mengenalpasti kesahihan dan mensabit peliwat berdasarkan aduan mangsa, pemeriksaan fizikal, dan penemuan bukti dari mangsa dan pemangsa.

sekian terima kasih.