Tuesday, July 08, 2008

short term


ada plan besar 26 JULAI 2008.
aku nak bawak rombongan merisik.
matlamat risikan dan objek untuk "diikat" berada di sebuah felda.
kertas kerja dah sampai kat ayahanda.
takde ape2 bantahan memandangkan segala persiapan dah siap.
cuma empunya diri sebagai pembuka bicara dan penyarung cincin je yg diperlukan memandangkan segala persiapan aku dah buat.

Konvo kolej bulan ogos nnt. hmmm meski mak takde, harap2 dia bleh senyum tgk anak dia nih berjaya grad. walopon sekadar diploma.. tapi bleh le kot..

apa2pon, aku harap persiapan yg aku buat nih bukan le mcm melepaskan batuk ditangga. aku dah fikir yg terbaik utk semua yg terlibat. tp macam biase le.. keje dgn org veteran nih ada je yg tak betulnya. ada je yg tak berapa cantik perancangan aku nih pada pandangan mereka. pape pon, aku harap yg terbaik. kalo susah sgt nak dapat kerjasama, aku AMUK je dari palong hingga ke sg haji dorani. ngade2 betui dorg nih...

aku mcm tak percaya aku gubah hantaran aku sendiri. mungkin aku kreatif. tapi sebenarnya aku nak berjimat. aku mane de duit. famili pon dah cakap "kalo nak bertunang, pakai duit sndiri. jangan pakai duit ayah".. semoga majlis kami 26 july nnt berjalan lancar. harap2 takde pahat yg berbunyi.. sbb aku punya rumah, aku dah rancang yg terbaik! semoga org yg nak dipinang akan sabar dgn pahat2 yg sentiasa berbunyi.. aminnnn

p/s: dulikkan je ape "pahat-pahat" tuh nak cakap. kita ikat perut utk majlis nih berlangsung. takde bantuan dari dorg pon.. sabar ye sayang