nyatanya tingkat tertinggi keperluan manusia menurut maslow adalah pengiktirafan. hmm.. gwa tidak menolak. gwa juga mahukan yg sedemikian dalam segenap klimaks pekerjaan yg gwa lakukan.
gwa seorg lelaki (alhamdulillah masih straight!) menurut hirarki sosial, gwa berstatus cucu, anak, boifren (tunangan), jiran, kawan, sahabat, rakan dan barangkali musuh. untuk status yang akan menyusul pula, gwa mungkin akan jadik bapa saudara, menantu, suami, ayah, datuk, dan macam-macam lagi la agaknya.
namun, yg tersuratnya kali ini, gwa nak luahkan pe yg gwa rase lately nih. bila duduk sorg2 kat teratak kecil milik arwah mak, gwa otomatiknya tercontemplate segala figure yg dulu hanya sekadar titik kecil dalam otak gwa yang kecil. kini, titik tu dah jadik molekul mega yang gwa rase nak meletop dan tercampak keluar dari otak ni.
sejak zaman jahiliah (dismiss U*M) hinggalah zaman menunggu panggilan kerja MA (dresser), gwa rase bersilih ganti insan datang dan pergi. datang dan pergi dengan berbagai rasa. rasa sayang, rasa benci, rasa marah, rasa dihargai.. rasa dikhianati.. dulu blogging dgn genre lucah, dan kini gwa harap gwa bleh berblog dgn lebih berhikmah. gwa nak tenteram dan aman dgn tarian jemari gwa sendiri. dan andai jari menari tarian yg ganas, tidak bermoral, itu hanya luahan hati perut gwa.
ingat lagi psychoblogger? ingat lagi myspace? ingat lagi fotopages? ingat lagi blogdrive? ingat lagi seremban, juasseh, gemas, segamat, tampin? pengalaman mematangkan gwa agaknya. teman datang dan pergi. klimaks puncak piramid maslow yg gua mahukan di sini adalah rasa dihargai. tu je.. tp bukanlah bermaksud di sni gwa rasa yang gwa dah dikhianati.
dunia penuh dgn titik warna manusia. kau ada warna kau. gwa dgn warna gwa. dan atas dasar persahabatan dan penghargaan inilah, beza warna di atasi dgn rase menerima seadanya, memberi tanpa mengharap.
hmmm.. jelas. gwa susah nak zahirkan apa yang gua rasekan skang nih. gwa kelabu kabur dgn diri gwa sendiri. adakah gwa anak dan abang yg baik? adakah gwa berwarna hitam? anak derhaka kah gwa ini? hanya "dia" yang mampu menjawab dan menilai.
semoga hari mendatang gwa akan lebih baik dan dirahmati. semoga gwa akan terus berusaha untuk menjadi anak yang baik, walaupun paranoid diri seringkali membenarkan bahawa garis senyum ramah "mereka" hanya sekadar hipokrasi semata. gwa janji gwa akan terus berusaha!
p/s : situasi mcm ni biasa terjadi dalam diri apabila menghadapi keluarga, masyarakat, tempat kerja dan barangkali tempat beribadah. sekian, wasalam