Sunday, November 15, 2009

9*9 - panggilan kecemasan - 9*9

di suatu malam yg hening (lebih kurang jam 1100mlm).

caller : selamat malam encik. saya mahu bantuan ambulan.
calltaker : selamat malam encik. kecemasan apa tu eh?
caller : saya nak ambulan untuk bawa anak saya.
calltaker : apa yg berlaku encik? umur anak encik? bagaimana keadaan anak encik sekarang? anak encik ada sejarah perubatan seperti kencing manis, darah tinggi, sawan atau etc ke?
caller : anak saya demam kuat. umurnya 31 tahun. dia tak boleh bangun. asyik baring saje.
call taker : eh encik, ini bukan kecemasan. sepatutnya ambulan hanya untuk kes kecemasan macam kes kemalangan, kes pengsan, serangan jantung, sesak nafas. tak boleh mcm nih encik. kami tak boleh respon kes mcm ni sbbnya kami takut ambulan takde untuk respon kes kemalangan nnt hanya kerana ambulan dah respon kes demam
caller : encik ni betul2 kecemasan. saya takde kereta. saya nak ambulan seCEPAT mungkin. lagi pon saya nih rakyat malaysia. rakyat haruslah didahulukan. lagi pon saya juga penjawat awam mcm encik.
calltaker : maaf encik. saya akan cuba hantar ambulan secepat mungkin. tp skrg ni ambulan tgh respon kes kemalangan kat NKVE. harap encik bersabar ye.

ini kisah benar. tak tau dimana silapnya. dasar buka pintu utk kebajikan rakyat oleh pentadbiran kerajaan yang terbaru ini, atau aku lemah dlm mentafsir maksud kecemasan itu sendiri. aku tau aku baru dlm bidang nih. utk dispatch kes mcm nih, sudah pasti akan kena maki oleh pemandu dan MA yang bertugas utk respon ambulan call. sudahnya, aku terpaksa pergi amek kes tu. (dah le aku yg jawab panggilan, kemudian aku lak yg kena amek). sampai kat lokasi (setelah membiarkan caller menunggu hampir sejam), aku dapati anak uncle ni mmg berumur 31 tahun dan dah 3 hari demam. panadol tak makan, mandi @ basahkan badan pon tak. haruskah aku bagi panadol dan suruh dia pergi klinik esok pagi?
tak.. sebagai penjawat awam yg harus jaga kepentingan rakyat, aku bawak juga la akak yg demam tu ke hospital. rase2 korg, same tak perkhidmatan ambulan yg aku lakukan ni dgn perkhidmatan teksi? call ambulan utk bawak kes demam yang mana kes demam itu adalah kes pesakit luar. kalo aku tak respon kes tu, rakyat boleh complain dan segala perbualan telefon 9*9 tadi tu mmg dirakam (protokol setiap urusan jbtn kerajaan mahupon bukan kerajaan utk menangani sesuatu isu yg berlaku). sudah pasti salahnya pada aku sbb tak respon ambulan call.
apa yang aku buat pagi itu, aku bawak akak tu ke hospital. daftarkan dia di kes pesakit luar. itu pon famili dia menyalak kat kaunter triage sbb treatment kes pesakit luar lambat. mungkin famili dia takde kenderaan. tp ikhtiarkan le utk cari kenderaan. apa guna jiran? apa guna perkhidmatan teksi? kalo dah tau demam, kenapa kena tunggu pukul 11 mlm baru nak buat panggilan kecemasan?
nyatanya.. ambulan yg sepatutnya bawa kes kecemasan dah bertukar jadi van utk membawa seorg kakak yg demam utk menjalani rawatan pesakit luar di jabatan kecemasan.

p/s : kalo call teksi, kena bayar tambang. kalo call ambulan, aku dan pemandu akan pimpin tangan org demam tu, bawak dia masuk ambulan, dan daftarkan dia di jabatan kecemasan untuk menjalani rawatan demam tanpa dia perlu bayar apa-apa charge pon (cuma perlu bayar rm1 utk pendaftaran). sbbnya KERAJAAN kan dah bayar gaji aku kan? kan?