2 hari lepas, aku dan awek gi scan. aneh sekali, clinic pertama kami pergi kehabisan kertas utk hardcopy ultrasound scan babies kami. hanya boleh scan dan lihat saje. clinic kedua juga begitu. end up, aku dan awek hanya dapat melihat dan simpan dlm otak saje pemandangan di skrin mesin scan tersebut. tiada hardcopy utk kami simpan utk aku jadikan projek bergambar bagi anak2 ku sejak dlm perut hingga lah dewasa (insya allah)
aku dan awek pelik. apakah hikmah apekah rahsianya kejadian tiada hard copy utk kali kedua kami ke clinic. (bukan 1 clinic, tp 2 clinic takde hardcopy tau!) pelik dan sangat2 pelik..
kepelikan terubat bila kedua2 dokter dari 2 clinic berbeza menyatakan babies kami berkongsi 1 uri. uri terletak di bahagian atas belah kanan uterus, sekaligus ini mengurangkan komplikasi pada hamil kembar awek ku. syukur pada Dia.
babies kami katanya monozygotic. syukur sekian kalinya pada Dia sbbnya monozygotic nih insya allah seiras. (jadinya aku dan awek terfikir, rahmat tuhan melalui family history @ pon pemakanan BIODEX antara punca kehamilan kembar ini. BIODEX boleh dapat dizygotic) apa pon syukur pada allah!
aku surf wikePAKDIA, search psl twin. monozygotic nih adalah kembar seiras. biasanya kembar seiras pompuan adalah yg selalunya terhasil. kembar seiras lelaki adalah least common. aku plak nak sgt dapat baby boy.. (di sini anehnya manusia, kan?) huhuh
bukan lah aku takmo langsung baby gurl. bukan jugak le aku tak bersyukur aku dapat twin. bukannya aku demand. tp tu lah yg anehnya manusia ini. aku syukur akan dapat kembar monozygotic (insya allah). aku bersyukur setakat 14 mingu ini baby2 dan ibunya sihat. aku bersyukur bila mane baby2 tersebut ada kantung sendiri (2 kantung) tetapi masih 1 plasenta (uri). tp mesti seronok andainya baby tersebut adalah boy. sbbnya boy nih mcm ulat nangka, tak reti diam. mesti menangis aku dan awek nak jaga dorg.. huhuh
apa2 pon, aku redha dan sangat2 SYUKUR pada rahmat MU. minggu 14 ni dan minggu seterusnya berikanlah kesejahteraan pada awek ku dan anak2 aku. masih mau berdoa utk dptkan baby2 boy, namun akan jadi tidak anehnya manusia bila berdoa agar isteri dan zuriatnya lahir dgn selamat dan sempurna. aku rase, itu yang sepatutnya aku buat. andai dapat baby boy, mmg BONUS bagi diri aku ini.. Aminnnn