
nyatanya setiap perkara yg bergelar pertama, memang bisa mencetuskan emosi.
dunia ibarat roda. dulu, mesti ayah dan mak pernah rasai apa yang aku rasa. hari pertama selepas malam pertama. hari pertama bergelar suami dan isteri. kali pertama urine pregnancy test kit menunjukkan 2 jalur positif kehamilan. hari pertama cahaya mata selamat di lahirkan. hari pertama bergelar ayah dan ibu. hari pertama anak mulai berinteraksi dan merangkak. hari pertama anak mulai melangkah. hari pertama anak jatuh sakit atau dahi terkoyak dan terpaksa di bawa mendapatkan rawatan. hari pertama anak melangkah ke kelas TABIKA. kali pertama anak menjalani peperiksaan. kali pertama anak menunjukkan sifat dewasa dan ciri-ciri jantina anak sudah berkembang. kali pertama anak meluahkan rasa tentang cinta monyet dan kegagalan cinta monyet mereka. kali pertama anak melangkah ke asrama. hari pertama anak tamat pengajian tertinggi mereka. kali pertama anak sudah pandai menimbulkan masalah dan mulai pandai membangkang kata-kata ibu bapa. kali pertama anak menitiskan air mata semasa memohon maaf dari ibu bapa di waktu hari raya. kali pertama anak beli KFC atau McD untuk santapan keluarga sempena gaji pertama mereka. kali pertama anak membawa seseorang yang mereka cintai dan mohon restu ibu bapa agar hubungan mereka di teruskan ke tahap yang seterusnya. pertama kali ayah dan ibu pening kepala memikirkan bajet utk segala persiapan merisik, bertunang, bernikah dan hari persandingan anak tersayang. kali pertama ibu dan bapa mengetahui yang mereka bakal menjadi datuk dan nenek. dan seterusnya bla bla bla bla...
nyatanya, memang pertama itu bisa mencetuskan emosi yang tidak ternilai dengan kata-kata. aku dah mula merasainya. dan aku mengakui sememangnya ayah dan emak adalah insan terbaik yang tiada tolok gantinya. mampu ke aku jadi macam dorg? ntah lah.. hanya masa je yang mampu menentukan..