hangat bicara entry encik mazidulakmal, hangat jugak le komen yang di berikan. bermula dgn entry KAMBING HITAM sampai le ke entry yang terkini.
kambing hitam ke aku? hehehe aku keje kat situ. kat kaunter TRIAGE situ jugalah tempat aku menjalani tugasan. ragam memang banyak. rakyat mesti di dahulukan. benar kata encik mazidul, BUKAN SEMUA kakitangan awam adalah KAMBING HITAM. aku tau aku bukan KAMBING HITAM sebab dah di ajar dari kecik untuk terus menerima dan menerima dan menerima.. :)
tipu kalau aku cakap aku tak terasa dengan entry encik mazidul itu. walaupon dengan dabik dada aku yakin aku bukan KAMBING HITAM, nyatanya aku akui entry sedemikian mampu dan mungkin mahu memberikan impak buruk pada profesion yang aku sanjung tinggi ini.
cuma ada beberapa perkara yang aku sendiri malas nak ulas @ tulis.
1- sejauh mana masyarakat faham tentang maksud JABATAN KECEMASAN & TRAUMA itu sendiri. konsep TRIAGE atau saringan. tau apa itu secondary triage?
2- ekspektasi rakyat yang menggunung lantaran slogan RAKYAT DI DAHULUKAN.
3- jika tak mahu MA duduk menyaring pesakit di kaunter triage, jawatan apa yang anda mahukan untuk duduk di kaunter tersebut?
banyak nak dibangkitkan. tapi malas. sbbnya aku tau isu mcm ni dah berkurap bertapak dalam segenap jabatan kerajaan. cuma aku teringat masa aku kat HOSP SULTANAH AMINAH dulu, para doktor marah kerana MA menerima kes pesakit luar di jabatan kecemasan. ketua jabatan letak seorang doktor di kaunter triage. dan alhamdulillah kecemasan lengang kerana pesakit di rijek ke jabatan pesakit luar. dan doktor itu hanya mampu duduk di kaunter itu hanya 1 shift sahaja.
doktor itu mengakui, bila slogan RAKYAT DI UTAMAKAN ini di war2kan, demam dah 4 hari pon ada pesakit yang request ambulan ke rumah. ada yang sakit mata (kerana konjunktivitis bukan kerana traumatized) dah 3 hari tapi datang jabatan kecemasan dan trauma. akan ada berjuta makian dan tak puas hati yang mempertikai saringan yang di lakukan.
entah bila isu HARAPAN dan PENGHARAPAN mcm nih nak berakhir. kurang informasi yang benar2 membuka mata atau sebenarnya penulisan seperti tulisan encik mazidul itu lebih dalam terpahat dan melukakan di hati berbanding teguran melalui verbal di kaunter triage.
entah lah. buat MA FZ, sabarlah menghadapi dugaan. buat seluruh MA yang menyanjung tinggi profesion ini, sampai bila isu ini akan berterusan?