jemari tidak pantas lagi menari atas keyboard berhabuk ini. entah kenapa buntu. banyak yang mahu di kongsi. banyak yang mau di ceritakan. penat sebab kerja atau penat sebab tekanan kerja? hehe.. tepuk dadamu tanyalah selera aku..
kaki awek sudah mulai membengkak. usia kehamilan mencecah minggu ke 22 ini mampu membuat perubahan drastik saiz perut awek. berjalan tak sampai 5 minit juga mampu membuat blood pressure awek meningkat kepada 130/80 mmhg. 14hb Jan, awek menjalani ANC (antenatal care) di O&G HKL. maaf buat awek kerna aku hanya mampu hantar, tak dapat teman sampai ke pintu O&G clinic pon. huhu
yang pastinya, 18hb Jan ini awek akan menjalani Detail Scan. Ku kira saat itu pasti dokter akan scan terperinci perkembangan bayi-bayi kami. debar? kenyataannya, aku sudah mulai belajar untuk menerima kehadiran "bunga-bunga" baru dalam kehidupan kami. andai sudah termaktub BUNGA, aku dan awek menerima dengan hati yang berbunga. namun jauh di sudut hati kami masih berharap agar "bird-bird" muncul. hmm ntah la.. tak sabar menanti 18hb ini.
perihal kerja. aku dalam proses belajar. aku mengaku aku seorang pelajar yang cepat belajar. (aik? up diri sendiri ke?) jadinya, aku akan terus-terus-terus-terus-terus belajar.. hehe oh ya, empathy harus di terapkan dalam diri semasa menjalankan pekerjaan ini. lantaran kerana empathy inilah aku kadang2 rimas bila tengok anak2 (remaja) yang eksiden, ibu bapa datang menangis2.. tp budak2 tuh bleh plak tengking ibu ayah dorg. nak je aku sumbat jarum tumpul dalam branula dorg. terdetik hari ini membenci dorg. tp org ckp, tak elok2 benci2 tatkala awek sedang berbadan dua. bimbang apa yang kita benci itu akan TERwaris pada bakal anak2 kita nanti. nauzubillah..
ada seorg pakcik bercerita, kita selaku manusia, selaku bakal ibu bapa, kita takkan mampu untuk sentiasa menjaga anak2 kita. seringkali kita terlepas pandang, terlupa utk prihatin. jadi, hanya pada Allah le tempat kita berserah. agar insan yang kita sayangi ini akan sentiasa di bawah jagaan DIA. hanya dgn agama yang mampu buat insan itu sentiasa beringat dan terjaga. bukan sekadar ilmu dan harta. hmm mampu ke aku jadi anak, abang, ipar, anak, anak menantu, pakcik, jiran dan seterusnya pembantu perubatan yang baik? hmmm..
pakcik tu turut menambah, "kalo isteri sedang hamil, suami turut merasai pening2 loya kehamilan itu, biasanya anak yang dikandung itu adalah anak perempuan" aiyak! tetiba aku terkasima.. ntah kenapa, jauh di sudut hati ini masih berbunga harapan utk mendapatkan sepasang "bird" sebagai penyeri pertama rumah tangga aku dan awek..
entah lah.. ketentuan DIA adalah rencana yang terbaik buat aku dan awek.. dan kami akan terus berdoa, semoga segalanya selamat dan sejahtera selalu.. amin..