aku plan nak EL dari keje 21 hb nih. plannya nak gi kenduri kahwen pet di sg siput perak. dah deal dgn wazer dan KB. tp pkol 8mlm awek dah mesej aku gtau yg perutnya sangat sakit. perut jadik cramp, pinggang sakit. mcm nak terberak, mcm nak terberanak. aku risau sbb babies baru je masuk 27 minggu.
selepas pujuk awek yg degil dan tetap berkeras yg perutnya hanya sakit biasa, aku dan awek ke dewan bersalin HSB. sampai kat sane dlm pkol 12am. awek di bawa masuk oleh jururawat masyarakat. ada MO kat dlm yg akan asses awek ku. aku plak duduk di luar. tunggu dlm kete sampai le tertido. jam 4am, awek kejut aku dgn seragam pink (baju wad bersalin). dia suh aku balik sambil ckp yg dia akan duduk kat wad bersalin tuh. maybe jam 9 @ 10 am baru leh discaj dari wad bersalin itu.
pelik. baru nak masuk 27 minggu. awek dah dapat rase contraction. aku tanya adik aku. dia ckp itu biasa. ala2 training utk sesi bersalin yg sebenar. siap adik aku ckp dia mimpi yg awek aku akan bersalin bila genap 30 minggu nnt. huhuh
awek citer yg kalo masih ada contraction sampai pkol 6am, dokter akan injek ubat matangkan peparu dan babies akan di induce kan. huhuh aku dan awek tak sanggup. lucky us! jam 6 pg awek dah tak rase sakit mcm sebelumnya. kalo tak, setiap 15 minit perutnya akn cramp, sakit sampai pinggang terik, back pain sgt2, rasa mcm nak terberak etc. aku? aku mana tau sbb aku mane pernah beranak. uterus pon aku takde.
jam 10 pg aku bwk awek kuar. gi kaunter pembayaran HSB. singgah yellow zone. nampak gayanya suasana terkawal. aku ingat aku nak keje petang, tp penat menunggu awek malam semalam masih tak hilang. aku ponteng @ EL tanpa gi tau penyelia. esok je le aku gi tau.
bukan aku ponteng @ EL suka2 pon. kan?
p/s : hmmm moralnya, simpan le segala keperluan ibu dan anak dlm bonet kete. senang bila tiba2 ibu terpaksa masuk wad. at least ibu mudah nak gosok gigi dan membersihkan diri. kan? kan? buat awek ku.. aku tau ko sorg yg kuat. semoga ko dan anak2 sentiasa di bawah lindungan NYA. aminnnnnnn